Kelab Paris 2024 Projek sempena Paris 2024

Pada 26 Julai 2020, empat tahun sebelum Paris 2024 berlangsung, OCOG Paris 2024 telah melancarkan Kelab Paris 2024 (bahasa Perancis: Le Club de Paris 2024) untuk melibatkan semua rakyat Perancis dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[19] Setiap ahli kelab tersebut boleh menyertai pelbagai cabaran yang dikemukakan oleh pihak penganjur setiap bulan sehingga Paris 2024 dan berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran seperti melibatkan diri dalam larian obor, menyertai acara maraton Olimpik pertama yang terbuka kepada orang awam, bertemu dengan atlet profesional, diberi keutamaan dalam pembelian tiket dan pemohonan sukarelawan dan sebagainya.[20] Pesertanya juga boleh mencadangkan idea dan pendapat mereka mengenai penganjuran temasya tersebut serta mendapat pralihat dan berita terkini yang eksklusif. Program ini turut menggalakkan pesertanya terlibat dalam aktiviti fizikal pada setiap hari.[21] Platform tersebut disokong oleh Alibaba Cloud.[22]

Aktiviti yang dilaksanakan

Cabaran pertama yang diadakan di bawah program Kelab Paris 2024 ialah pertandingan bola keranjang 3x3 antara pemain bola keranjang Perancis, Tony Parker dengan 80 orang ahli Kelab Paris 2024 yang terpilih.[23] Cabaran lain seperti aktiviti olahraga Paralimpik, tarian breakdancing, renang, ping pong, tenis dan tenis kerusi roda juga telah diadakan pada tahun 2020 dan 2021.[24][25][26] Selain itu, Kelab Paris 2024 juga melancarkan cabaran "Larian Wira" (bahasa Inggeris: The Run of the Heroes) bagi mengutip derma untuk Persatuan Pembangunan Kerja Sosial bagi Jabatan Bomba Paris. Cabaran ini didedikasikan kepada ahli-ahli bomba yang membantu memadamkan kebakaran di Gereja Notre Dame.[27]

10 slot bagi acara maraton orang awam akan dianugerahkan kepada ahli-ahli Kelab Paris 2024 yang bertuah. Ahli-ahlinya perlu mendapat 1,000 mata dahulu untuk layak ke cabutan bertuah yang akan memilih sepuluh individu yang akan menyertai maraton tersebut.[28] Demi menggalakkan golongan wanita untuk menyertai maraton tersebut, sebanyak 100 ahli wanita Kelab Paris 2020 akan dipilih untuk menyertai acara itu dengan cara yang sama.[29]

Rujukan

WikiPedia: Projek sempena Paris 2024 https://www.insidethegames.biz/articles/1078167/fi... https://www.insidethegames.biz/articles/1096662/cl... https://www.insidethegames.biz/articles/1096890/pa... https://www.insidethegames.biz/articles/1099958/pa... https://www.insidethegames.biz/articles/1100770/cl... https://www.insidethegames.biz/articles/1105939/pa... https://newsrnd.com/news/2020-07-22-%0A-----------... https://olympics.com/ioc/news/paris-2024-club-laun... https://olympics.com/ioc/news/paris-2024-launches-... https://olympics.com/ioc/news/terre-de-jeux-2024-a...